SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua rakan taulan ,saudara mara,sahabat handai yang diingati ..para pegawai Unit Bimbingan dan Kaunseling .. semua rakan sekerja yang amat disayangi di SKTS .. anak-anak murid yang mengenali ku .. rakan-rakan sekursus (mana-mana kursus yang sama-sama kita hadiri) anak-anak dan suami tercinta.
Semoga aidilfitri ini , kita tidak lupa berbelanja dengan berhemah ... ingat mereka yang lemah.. zakat fitrah usah alpa.. berkat aidilfitri dan bulan yang mulia ini ..semoga semuanya mendapat rahmat dan kasih sayang Yang Maha Kuasa. Jika sebelum ini mungkin ada perkara-perkara yang kita rancang tetapi tidak menjadi ..... mungkin kerana ada hutang piutang yang atau mana-mana yang belum kita langsaikan baik kepada Allah ataupun sesama manusia.Oleh itu dibulan yang mulia ini marilah kita sama -sama menghayati dan mencari keberkatan dengan memohon maaf sesama manusia ... agar hutang piutang kita baik dari bahasa percakapan , tingkahlaku , umpat mengumpat , bertalam-talam muka.. kita diampuni . Almaklum saja .... kita manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...cuma manusia itu sendiri perlu sedar kekurangan diri sendiri. .. dan marilah kita sesama merendahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.
Ya Allah , ampuni dosa kami yang hina ini ..... amin