Sunday, June 5, 2016

Assalamualaikum..

Hari ini hari pertama ibadah puasa dalam tahun 2016 bersamaan 6 Jun 2016 , Hari Isnin. Alhamdullillah, bertemu juga Ramadhan Ya Karim tahun ini.

Tahun pertama berpuasa bersama anak-anak sahaja walau kehadirannya tetap ada demi si anak bernama Hariz Saufi.

Dugaan bertahun akhirnya terlerai , cukuplah mungkin ini sebagai pengajaran untuk manusia mencari kebaikan dan memperbaikan kesalahan.

Manusia memang alpa, bila kesilapan berlaku baru tersentak dari lamunan bahawa ada hati yang terluka dan tidak mampu diubati , kerana maaf seringkali terucap kerana redha seringkali menguasai , kerana kasih menjadi tali kerana sayang hati terbuang .Bila hati tercampak ke lembah dan gaung serta laut badai yang menghenyak  kesakitan tak mampu diubati .

Katalah apa saja manusia memang tidak pernah mahu belajar dari kesilapan... manis kata sebagai umpan ..cukup... cukup ..cukup... moga berbahagia..