Tuesday, October 27, 2009

Monday, October 26, 2009

Jangan Mudah Berputus Asa

Assalamualaikum. Bulan Oktober ini telah 3 kali saya menjalankan tugas di luar .Berkursus dan menyampaikan maklumat kepada rakan sekerja. Apa yang saya dapat lihat.. kebanyakkan rakan-rakan setugas terbeban dengan pelbagai sistem yang diperkenalkan kepada mereka.Ini semua bagi pelaksanaan yang mudah dan sofikated bagi menyahut cabaran Cybernet yang luas.
sempat juga saya berbual-bual dengan rakan-rakan guru yang lain.. apa yang saya dapati kebanyakkan mereka mula 'burnout'.

Apa yang boleh saya katakan dan kita berkongsi pendapat. Jika masalah yang kecil kita jadikan ianya besar maka besarlah masalah yg kita hadapi tetapi jika tenang dan bersedia menerima cabaran masalah sebesar mana pun kita boleh hadapi. Tukar persepsi kita bahawa masalah itu adalah cabaran . Dengan menyatakan cabaran pasti kita akan menyahut untuk sedia berjuang.

Manusia , semua manusia sama sahaja kecuali yang tidak normal.Kata mengata .. suka melihat orang lain jatuh ..sukar untuk memberi perangsang ..lebih bersikap keakuan ... tidak kisah perasaan orang lain.Pada rakan-rakan guru yang layak menduduki kenaikan DG34 ..please ... ada peluang ambil..ada kesempatan gunakan... jangan takut untuk kenaikan anda ....anda tidak menghargai diri anda sendiri jika anda sendiri menjatuhkan diri sendiri. Usah tanya pendapat orang lain yang mempunyai fikiran sempit dalam kotak ... pasti mereka mengatakan " ahh..nak buat apa... nanti kena keja kat pejabat lah.... apalah.... " No ! Come on cikgu masa untuk cikgu isi kenaikan diri sendiri...kalau Tidak Anda Sapa Lagi Yang akan Menyokong Anda .?Sahut Cabaran untuk anda.... Jika anda kata tidak suatu masa nanti.... jangan merungut " Mengapalah aku tak naik-naik asyik-asyik KUP32...... fikirkan.

Wednesday, October 7, 2009

Membentuk peribadi mukmin





Assalamualakum..
Sambutan raya masih rancak disambut dengan open house merata tempat... tentunya yang menjamu seronok , rumah didatangani rakan taulan , yang datang berjamu lagilah seronok kerana kuali periuk boleh simpan seketika... tapi yang derita ... yang tengah diet lah... camna nak diet... tiap-tiap hari mengunyah... dah sibuk perut naik ... nak buat camana bersyukur lah kerana kita dianugerahi kemewahan ....

Namun begitu saya ingin berkongsi kepada rakan pembaca blog saya tentang membentuk peribadi mukmin. Bukanlah maknanya saya ni insan terbaik.. cuma ingin berkongsi bersama-sama ilmu yang baru saya dapat melalui pembacaan saya keluaran Al Syafa pengarang SyekhMuhammad Jamluddin. ..dalam tulisan nya Celanya Pangkat Dan riya ..yang saya faham melalui pembacaan bukan kedudukan pangkat dalam kerjaya sahaja tetapi umum .. pangkat , kedudukan , gelaran.. dan apa jua yang membawa makna seseorang itu ada kedudukan ... maka diriwayatkan ....

Sabda Rasullullah , diriwayat oleh H.R Tabrani dan Al Baihaqi :

"Cukuplah kejahatan bagi seseorang bahawa manusia menunjukkan kepada nya dengan anak jari tentang agama dan agamanya, selain orang yang dipelihara Allah dari Kejahatan.Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu tetapi Allah memandang hati dan amal perbuatan kamu"

Jelas dalam hadis tersebut menghuraikan ketercelaan riya ... Dari situ jelas bahwa yang dituntut dalam mencapai populariti dan kemasyhuran adalah kemegahan dan kedudukan di hati ,sedang mencintai kemegahan adalah sumber dari segala kerosakan .

Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam menuju ke akhirat , maka setiap yang dijadikan dapat mengambil bekal untuk belanja ke akhirat .Jadi mengapa kemegahan tentang kedudukan ,pangkat , gelaran , atau keturunan memusnahkan tanaman-tanaman kita..?Saya memandang dari sudut yang luas dan pergaulan yang luas , adakalanya satu gelaran pun dah cukup memberi kemegahan kepada kita .. betul tak ? ..Itu tidak lagi pangkat dato' dan datin..Dipanggil "Puan" atau "Tuan" pun dah rasa ohhhhhhhh....kalau ustaz atau ustazah .... terasa ohhhh juga lah.... dipanggil Cikgu pun kita rasa ohhhhhhhh. ...

Ohhhhhh .. yang saya maksudkan itu lah riya Tapi jika tidak memanggil gelaran itu .. dikata kurang sopan .. betul? Tapi berbalik pada asal ..... hati kita .Penjelasan tentang mencari kedudukan dan kemegahan di dalam hati manusia, dikatakan bahawa hal itu diburu dengan tiga cara .Dua cara di perolehakan dan satu cara dilarang. Cara yang dilarang adalah berusaha memantapkan kedudukan dalam hati mereka dengan keyakinan bahawa padanya ada suatu sifat kelebihan dimana dia tidak bersifat dengan sifat tersebut seperti ilmu, wara' dan garis keturunan ,contoh , maka dia menyatakan bagi mereka bahawa dia adalah keturunan Ali Ibn Abu Thalib, atau orang yang berilmu atau orang yang wara' padahal dia bukan seperti itu.Ini adalah haram kerana itu adalah dusta dan penipuan . Sama lah juga dengan kedudukan yang kita ada kita wujud satu penglihatan oh bahawa kita sempurna ..serba serbi kita rasa kita betul.. dan orang lain tidak betul...maka samalah juga seperti yang dimaksudkan tadi.

Berbalik kepada hadis Rasullullah tadi ... Allah tidak memandang kepada rupa tetapi Allah memandang kepada hati dan perbuatan...

Dengan pembacaan buku tersebut rupanya terlalu banyak yang perlu saya didik hati ini.....mungkin anda JUGA ...pandangan luaran belum tentu kita ini mulia disisiNYa ...Yang Esa ,selagi kita tidak mengamalkan ciri-ciri peribadi mukmin....
Semoga Allah merahmati hati -hati yang sentiasa merendah diri ....yang sentiasa menjaga hati-hati insan bergelar manusia, yang sentiasa berlapang dada ..jauh dari benci ..sesama manusia ,termasuk memilih 'bulu' dikalangan rakan sekerja... kerna kita tidak lama didunia ini ..sekurang-kurangnya beringat hari ini kita membenci.. entah-entah esok lusa orang kita benci kita sayang... kerana Allah kata , hati yang ada benci Allah akan letakkan kasih dihati orang itu.....Wallhualam.