Monday, October 26, 2009

Jangan Mudah Berputus Asa

Assalamualaikum. Bulan Oktober ini telah 3 kali saya menjalankan tugas di luar .Berkursus dan menyampaikan maklumat kepada rakan sekerja. Apa yang saya dapat lihat.. kebanyakkan rakan-rakan setugas terbeban dengan pelbagai sistem yang diperkenalkan kepada mereka.Ini semua bagi pelaksanaan yang mudah dan sofikated bagi menyahut cabaran Cybernet yang luas.
sempat juga saya berbual-bual dengan rakan-rakan guru yang lain.. apa yang saya dapati kebanyakkan mereka mula 'burnout'.

Apa yang boleh saya katakan dan kita berkongsi pendapat. Jika masalah yang kecil kita jadikan ianya besar maka besarlah masalah yg kita hadapi tetapi jika tenang dan bersedia menerima cabaran masalah sebesar mana pun kita boleh hadapi. Tukar persepsi kita bahawa masalah itu adalah cabaran . Dengan menyatakan cabaran pasti kita akan menyahut untuk sedia berjuang.

Manusia , semua manusia sama sahaja kecuali yang tidak normal.Kata mengata .. suka melihat orang lain jatuh ..sukar untuk memberi perangsang ..lebih bersikap keakuan ... tidak kisah perasaan orang lain.Pada rakan-rakan guru yang layak menduduki kenaikan DG34 ..please ... ada peluang ambil..ada kesempatan gunakan... jangan takut untuk kenaikan anda ....anda tidak menghargai diri anda sendiri jika anda sendiri menjatuhkan diri sendiri. Usah tanya pendapat orang lain yang mempunyai fikiran sempit dalam kotak ... pasti mereka mengatakan " ahh..nak buat apa... nanti kena keja kat pejabat lah.... apalah.... " No ! Come on cikgu masa untuk cikgu isi kenaikan diri sendiri...kalau Tidak Anda Sapa Lagi Yang akan Menyokong Anda .?Sahut Cabaran untuk anda.... Jika anda kata tidak suatu masa nanti.... jangan merungut " Mengapalah aku tak naik-naik asyik-asyik KUP32...... fikirkan.

No comments:

Post a Comment