"arrgggggggg....eh.. dah subuh rupanya.." bisik hati Shafa Aura .
Terkebil-kebil matanya mengerdip. Masih lagi terpisat-pisat dalam jaga yang masih lagi terasa mengantuk .
entah pukul berapa mata nya terlena malam tadi.....bingkas dia bangun menatap wajahnya yang mulus, sembab ...getus hatinya...
B
" Selamat Pagi Cik Aura", sapa kerani di pejabatnya.
"ya " Jawab Aura ringkas.
"Hana , tolong siapkan fail meeting saya petang ni dan minta Faisal datang jumpa saya sekarang."
"Baik Cik , tapi En Faisal belum tiba lagi cik... dalam perjalanan agaknya."
" Isyy.. dia ni selalu lambat ..time-time macam ni la lambat ... baiklah ..bila dia sam...'
" Haiiii... morning Aura , maaf lambat sikit je... lif penuh . Bunga untuk awak.... awak nak jumpa saya kan...."
Belum pun ayat Syafa Aura habis dari ngomelan terpacul anak muda yang dingomelkan dengan sejambak mawar putih harum semerbak baunya .
Faisal bagaikan tahu Aura sedang membebelkan dirinya .... inilah kelemahan Aura...mawar putih pasti dapat mencairkan hatinya....
" Lagi-lagi awak lewat... dah..I ada perkara yang perlu di bincangkan ".
Dicapai mawar putih yang dibawa oleh Faisal dan diletakkan dimeja kopi dalam pejabatnya.
" Come on la Aura...janganlah moody pagi-pagi ni... tak lama mana pun I lewat... lewat I pun sebab membelikan mawar tu untuk you.."
"Dah berapa kali I kata suruh je penjual tu hantar kat Ofis I ni... tak payah susah-susah .. yang you susah payah beli mawar ni pun I pelik tau ."
"Aura..sekali pun mawar ini habis putihnya di Malaysia atau dimana-mana ... I sanggup cari sampai ke hujung dunia sekali pun tau... cuma you saja yang tak faham... dan buat - buat tak faham .
" Dah lah Faisal..I ada perkara penting yang I nak beritahu sebelum I bercuti...petang ni you ganti tempat I Meeting . En Ahmad akan attend meeting hari ini so you pastikan projek pembinaan di Kenyir akan dapat ke poket kita. Proposal I dah siap kan... I amat berharap you dapat membentangkan proposul ni... projek tu penting untuk kita."
"Ehh..kenapa pulak you tiba-tiba nak bercuti ... you tak cakap pun you nak bercuti , berapa hari?"
"Takkan semua I kena report kat you..I tak pasti sampai bila... apa-apa pun.. I menaruh kepercayaan pada you untuk mengurus bisnes kita ni."
" Lain macam je bunyi ni... apa masalah ni... I buat you marah ke Aura ...okey...okey... pasal semalam you lupakan...anggaplah itu gurauan I ... tapi jangan main cuti-cuti macam ni Aura.Takkan pasal semalam sampai you ambik hati?"Faisal resah dengan tindakan Aura yang tidak dijangka .
" Tak lah Fai , I tahu niat you ikhlas... tapi I ada hal penting yang I tak boleh bagi tahu, Fai... please ... I tak pernah ketepikan you.. cuma kali ini Fai... please... " Aura semakin berasa serba salah membuat Faisal tertanya-tanya tapi apakan daya dia tak mampu untuk berkongsi dengan Faisal yang telah lama dikenali.
" Okeylah ... I faham.. jaga diri... I tak kan tanya mana you nak pergi.. Cuma jika you memerlukan I ....I sedia membantu you... menunggu you... sampai hujung nyawa..."
sambil digenggam jari jemari gadis yang telah lama dia menaruh harapan.
" Fai.... maafkan I ... flight I tengahari ni...apa-apa berkaitan projek you boleh minta Hana terangkan and bantu you... she's very good ...okey ... duduklah kat meja I ni...kalau you mahu..okey."
'I pergi dulu.." Dilepaskan genggaman Faisal yang dirasakan bagai memaut kasihnya yang belum tentu dapat di terima.
Faisal hanya mengganggukkan kepala dilepaskan genggaman tangannya...
ya ..mawar putih ini terlalu harum ... tapi sukar untuk dibau.. harumnya semerbak tapi terlalu berduri untuk dipegang .Sucinya gadis ini semurni putih mawar ....namun mengapa hatinya sukar dimengerti...
SEMALAM BERLALU DAN TIBA NYA HARI INI ..DAN ESOK MENANTI.. HARI-HARI YANG SENTIASA DITINGGAL DAN MENANTI SUATU PERJALANAN YANG DIHUJUNG NYA MILIK ABADI .
Thursday, May 20, 2010
Monday, May 17, 2010
MANA SYURGA BUAT KU...
Ahhhhhhhh.. mengapa malam ini sesepi hati yang kosong . Direnung malam pekat ... tanpa sebutir bintang..cuma yang ada angin selembut sutera sesekali menghembus mengelus ikal rambut yang kemas dirapi. Puas mata bundarnya mencari-cari kerlipan bintang...terasa hampa dihatinya ...
"Ahhh....biarlah."dengus hatinya .Lantas dia menutup tabir malam ..lalu dihempas lembut tubuh yang kecil molek ke atas persada mimpinya tetapi...
mata yang dipejam bagai ada paku yang menghalang .Puas dikilas tubuh ke kiri dan ke kanan.. puas didengus hela nafas lemas .. ..
"wahai malam....usah biarkan hati ini...merintih ..., wahai mata... usah kau biarkan malamku berlalu begitu saja," detik hati Shafa Aura . 'Izinkan aku melayari malam ini dengan tenang... Ya Allah..., izinkan aku lena dimalam ciptaanmu...tak berdaya aku Ya Allah...melalui malam-malam mu yang sepi ini......"Hati kecilnya merayu.

Sunday, May 16, 2010
Mana Syurga Buat Ku...
Bila.. baca title blog saya tentu.. tertanya-tanya kan ..apa yang saya maksudkan ..Mana Syurga BuatKu...
Sebenarnya.. apa yang sedang bermain dalam fikiran saya ketika ini adalah .. penghasilan nukilan skrip yang ingin saya hasilkan. Paling tidak saya akan menghasilkan sebuah karya ... .. sesungguhnya penulisan adalah salah satu cabang minat saya dalam bidang penulisan . Anda tentu tak percaya bahawa saya ada menulis sebuah novel yang entah bila lah rezekinya akan mampu saya terbitkan. Dah hampir 7-8 tahun hasilan novel... tapi masih belum jumpa penghujung.
Rasa-rasanya seusia ini , akan saya carikan penghujung novel saya ni.... yang berkisar kehidupan manusia di sekitar dunia saya .. cinta , keluarga , kekasih , bahagia, derita , masyarakat , agama dan kehidupan materialistik , arah kehidupan dan berbagai lagi saya selitkan sebagai perencah keenakkan yang membacanya suatu hari nanti ... Insyaallah....semoga harapan saya termakbul..
Berbalek kepada Dimana syurga Buatku... saya ingin bernovel dalam blog saya ... ... sebagai rencah penumis laman saya ini.Sekurang-kurangnya adalah cara saya perlu update blog saya kan.... bila nak mula ye...

Subscribe to:
Posts (Atom)