Sunday, December 27, 2009

2009 DITINGGALKAN 2010 MENYAMBUNG KEJAYAAN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU SEMOGA KESINAMBUNGAN 2009 LEBIH BERMAKNA DI TAHUN 2010 .

Thursday, December 10, 2009

Keluarga Ku Tersayang

Haiiiiiiiiiii. Saya Hariz Saufi ...syoknya berangan

















Inilah dia anak-anak ku tersayang .Dah Bujang dan Anak Dara. Si abang tu namanya ku abadikan sebagai Muhammad Zulkamal Thaqif.Kakaknya pula Izzatul Nur Safrin.Yang ketiga Iffazatul Nabihah dan yang kecil tu Hariz Saufi pelengkap keluarga ku ....Mereka memang amat membanggakan ku sebagai anak-anak yang menurut kata dan baik sangat ...

























Haa... Nilah Iffa... suka berangan tapi ...bijak dan banyak mulut ...








































Aku dan suamiku ....semoga kasih ini abadi bawa ke mati ...kami di China ... melayari sungai ape..ye..?
















Inilah saufi anak bongsu ku .....Hensem kan...
Pada dia adalah darah Belanda yang diwarisi dari moyang sebelah bapaku kerana ada ciri-ciri berbeza dari adik beradik yang lain. Cuma hidungnya tetap ikut aku.. Minat main bola..katenya nak jadi pemain Bola Kebangsaan macam pak Utehnya...Tapi kena belajar dulu ye...
































Tuesday, October 27, 2009

Monday, October 26, 2009

Jangan Mudah Berputus Asa

Assalamualaikum. Bulan Oktober ini telah 3 kali saya menjalankan tugas di luar .Berkursus dan menyampaikan maklumat kepada rakan sekerja. Apa yang saya dapat lihat.. kebanyakkan rakan-rakan setugas terbeban dengan pelbagai sistem yang diperkenalkan kepada mereka.Ini semua bagi pelaksanaan yang mudah dan sofikated bagi menyahut cabaran Cybernet yang luas.
sempat juga saya berbual-bual dengan rakan-rakan guru yang lain.. apa yang saya dapati kebanyakkan mereka mula 'burnout'.

Apa yang boleh saya katakan dan kita berkongsi pendapat. Jika masalah yang kecil kita jadikan ianya besar maka besarlah masalah yg kita hadapi tetapi jika tenang dan bersedia menerima cabaran masalah sebesar mana pun kita boleh hadapi. Tukar persepsi kita bahawa masalah itu adalah cabaran . Dengan menyatakan cabaran pasti kita akan menyahut untuk sedia berjuang.

Manusia , semua manusia sama sahaja kecuali yang tidak normal.Kata mengata .. suka melihat orang lain jatuh ..sukar untuk memberi perangsang ..lebih bersikap keakuan ... tidak kisah perasaan orang lain.Pada rakan-rakan guru yang layak menduduki kenaikan DG34 ..please ... ada peluang ambil..ada kesempatan gunakan... jangan takut untuk kenaikan anda ....anda tidak menghargai diri anda sendiri jika anda sendiri menjatuhkan diri sendiri. Usah tanya pendapat orang lain yang mempunyai fikiran sempit dalam kotak ... pasti mereka mengatakan " ahh..nak buat apa... nanti kena keja kat pejabat lah.... apalah.... " No ! Come on cikgu masa untuk cikgu isi kenaikan diri sendiri...kalau Tidak Anda Sapa Lagi Yang akan Menyokong Anda .?Sahut Cabaran untuk anda.... Jika anda kata tidak suatu masa nanti.... jangan merungut " Mengapalah aku tak naik-naik asyik-asyik KUP32...... fikirkan.

Wednesday, October 7, 2009

Membentuk peribadi mukmin





Assalamualakum..
Sambutan raya masih rancak disambut dengan open house merata tempat... tentunya yang menjamu seronok , rumah didatangani rakan taulan , yang datang berjamu lagilah seronok kerana kuali periuk boleh simpan seketika... tapi yang derita ... yang tengah diet lah... camna nak diet... tiap-tiap hari mengunyah... dah sibuk perut naik ... nak buat camana bersyukur lah kerana kita dianugerahi kemewahan ....

Namun begitu saya ingin berkongsi kepada rakan pembaca blog saya tentang membentuk peribadi mukmin. Bukanlah maknanya saya ni insan terbaik.. cuma ingin berkongsi bersama-sama ilmu yang baru saya dapat melalui pembacaan saya keluaran Al Syafa pengarang SyekhMuhammad Jamluddin. ..dalam tulisan nya Celanya Pangkat Dan riya ..yang saya faham melalui pembacaan bukan kedudukan pangkat dalam kerjaya sahaja tetapi umum .. pangkat , kedudukan , gelaran.. dan apa jua yang membawa makna seseorang itu ada kedudukan ... maka diriwayatkan ....

Sabda Rasullullah , diriwayat oleh H.R Tabrani dan Al Baihaqi :

"Cukuplah kejahatan bagi seseorang bahawa manusia menunjukkan kepada nya dengan anak jari tentang agama dan agamanya, selain orang yang dipelihara Allah dari Kejahatan.Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu tetapi Allah memandang hati dan amal perbuatan kamu"

Jelas dalam hadis tersebut menghuraikan ketercelaan riya ... Dari situ jelas bahwa yang dituntut dalam mencapai populariti dan kemasyhuran adalah kemegahan dan kedudukan di hati ,sedang mencintai kemegahan adalah sumber dari segala kerosakan .

Dunia ini adalah tempat bercucuk tanam menuju ke akhirat , maka setiap yang dijadikan dapat mengambil bekal untuk belanja ke akhirat .Jadi mengapa kemegahan tentang kedudukan ,pangkat , gelaran , atau keturunan memusnahkan tanaman-tanaman kita..?Saya memandang dari sudut yang luas dan pergaulan yang luas , adakalanya satu gelaran pun dah cukup memberi kemegahan kepada kita .. betul tak ? ..Itu tidak lagi pangkat dato' dan datin..Dipanggil "Puan" atau "Tuan" pun dah rasa ohhhhhhhh....kalau ustaz atau ustazah .... terasa ohhhh juga lah.... dipanggil Cikgu pun kita rasa ohhhhhhhh. ...

Ohhhhhh .. yang saya maksudkan itu lah riya Tapi jika tidak memanggil gelaran itu .. dikata kurang sopan .. betul? Tapi berbalik pada asal ..... hati kita .Penjelasan tentang mencari kedudukan dan kemegahan di dalam hati manusia, dikatakan bahawa hal itu diburu dengan tiga cara .Dua cara di perolehakan dan satu cara dilarang. Cara yang dilarang adalah berusaha memantapkan kedudukan dalam hati mereka dengan keyakinan bahawa padanya ada suatu sifat kelebihan dimana dia tidak bersifat dengan sifat tersebut seperti ilmu, wara' dan garis keturunan ,contoh , maka dia menyatakan bagi mereka bahawa dia adalah keturunan Ali Ibn Abu Thalib, atau orang yang berilmu atau orang yang wara' padahal dia bukan seperti itu.Ini adalah haram kerana itu adalah dusta dan penipuan . Sama lah juga dengan kedudukan yang kita ada kita wujud satu penglihatan oh bahawa kita sempurna ..serba serbi kita rasa kita betul.. dan orang lain tidak betul...maka samalah juga seperti yang dimaksudkan tadi.

Berbalik kepada hadis Rasullullah tadi ... Allah tidak memandang kepada rupa tetapi Allah memandang kepada hati dan perbuatan...

Dengan pembacaan buku tersebut rupanya terlalu banyak yang perlu saya didik hati ini.....mungkin anda JUGA ...pandangan luaran belum tentu kita ini mulia disisiNYa ...Yang Esa ,selagi kita tidak mengamalkan ciri-ciri peribadi mukmin....
Semoga Allah merahmati hati -hati yang sentiasa merendah diri ....yang sentiasa menjaga hati-hati insan bergelar manusia, yang sentiasa berlapang dada ..jauh dari benci ..sesama manusia ,termasuk memilih 'bulu' dikalangan rakan sekerja... kerna kita tidak lama didunia ini ..sekurang-kurangnya beringat hari ini kita membenci.. entah-entah esok lusa orang kita benci kita sayang... kerana Allah kata , hati yang ada benci Allah akan letakkan kasih dihati orang itu.....Wallhualam.

Sunday, September 27, 2009

Kita Insan Kerdil

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya aidilfitri.Saat saya mencoretkan coretan ini , umat Islam baru saja menyambut Hari Raya yang ke 9 hari... Betapa pantasnya hari berlalu.. sekejap sahaja dah 9 syawal. Lupa sudah kesibukan menyambut Hari Raya..kini menunggu Hari Raya Aidil Adha... semoga sikap berjimat cermat masih menjadi amalan.

Menyentuh tentang berjimat cermat , tentunya wanita la sasaran ungkapan tersebut. kenapa wanita ...kerana wanita dilahirkan untuk menyerikan alam maya ini , untuk pasang-pasangan lelaki ..untuk kecantikan dan keindahan ... untuk kelengkapan...dunia tanpa wanita ..tentu pelik... lelaki tanpa wanita ...tentu pening... Hebatkan wanita... tetapi wanita jugalah yang berbisa dari mata pedang..kerana mulut wanita boleh mengancam dunia... dunia fana.. dunia kehidupan...

Kehidupan kita ini , perlu berlandaskan keinsafan... berlandaskan pegangan ... berlandaskan keimanan dan ketaqwaan...berlapiskan pemikiran yang matang dan rasional .Hidup kita tak lama... hari ini kita menyingkirkan kehidupan orang lain...satu masa ....kehidupan kita disingkirkan oleh orang lain. Hari ini kita susah ...tidak dibantu oleh sapa-sapa.Hari esok mungkin mereka datang minta bantuan pada kita .Perlu didik hati agar sentiasa menerima ... bukan asyik mahu menerima.. dan tidak mahu memberi... kerana itu berapa ramai dikalangan insan sekeliling kita sentiasa lokek untuk mengucap tahniah , syabas atau penghargaan kepada rakan sejawat.. hanya kerana hati ada bisikan.... Sukar menghargai persahabatan tetapi PHD menjalar dalam hati.... Kadangkala Perkataan yang manis diluahkan tetapi racun pula maksud tersirat...

Inilah Syawal bulan mulia kegembiraan kepada yang berjaya mengikut jalan yang diwajibkan... kemenangan kepada mereka yang berjaya mendidik hati ... meneruskan tingkahlaku berkesan dan berhemah ... mungkin ada nur dalam jiwa yang allah beri sebagai panduan. Semoga kita juga tergolong dikalangan umat yang berjaya...

Monday, September 7, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualakum . Terima kasih sekiranya paparan saya menjadi tatapan anda. Apapun di dalam laman Blog saya ini ... saya sekadar mencoretkan kisah kehidupan manusia yang kadangkala aneh dan kadangkala menghiburkan tidak kurang juga menyakitkan .Walaupun begitu saya hanya berkongsi pengalaman yang mana baik jadikan lah tauladan dan mungkin yang tidak baik usah dijadikan sebagai hamparan .

Dibulan yang mulia ini, manusia yang bergelar insan akan berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Tetapi ada juga insan-insan yang tidak kisah keberkatan Ramadhan Al Mubarak ini. Masih lagi mengamalkan hasad dengki , masih lagi memandang ketidaksempurnaan insan lain dan melupakan kekurangan diri sendiri .MAsih ramai lagi amalan mengadu domba menjadi buah bertih dimulut. Tidak ada yang rasa , perlu menyucikan diri dengan memohon maaf kepada insan yang dilukai ... seolah-olah tiada apa yang berlaku ..sedangkan kita tahu , untuk mendapat keredhaan Allah , perlu lah dulu kita mencari keredhaan sesama insan ...Walaupun siapa kita , Pak menterikah , Pak Ungku kah.. Dato' atau Datin kah, Ustazah kah Ustaz kah ...atau apa saja gelaran apalah maknanya , sepanjang kita beribadat tetapi hati insan yang kita lukai tidak pernah kita kata Maaf kepada nya..

Allah tidak melihat tutup litup muka insanya , Allah tidak melihat berketayap serbannya , tapi Allah lihat keperibadian hambanya ... ketaqwaan hambanya, ketulusan hambanya .. Apalah makna pakaian yang lekat dibadan tetapi sentiasa memandang keaiban orang lain , mencari keaiban orang lain, memusihi orang lain tanpa sebab musabab , pandangan serta lontaran kata menajtuhkan orang lain , pandangan diri sendiri Hebat Dari Orang LAin .

Saya memetik Sabda Rasullulluh ..
"Barangsiapa berbuat zalim kepada saudaranya terhadap kehormatannya atau sesuatu yang lain , maka hendaklah ia minta dihalalkan daripadanya sekarang ,sebelum datang hari dimana tak ada dinar dan dirham. Jika dia punya amal saleh , akan diambil daripadanya seharga kezalimannya. Jika kebaikannya tak ada lagi , maka keburukan orang yang dianiaya akan dipikul kepadanya "(Bukhari)

Dan Allah Berfirman

"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat , maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata "(al Ahzab (33):58) Wallahualam .

Jika tersentuh dengan coretan saya, maka mari lah kita berubah bersama-sama .Akhir kalam Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..sekiranya adalah salah laku yang ingin kita leraikan ayuh ..jangan bertangguh ... jumpalah ...kerana kita adalah insan yang daif memerlukan keredhaan Allah. Amin

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua rakan taulan ,saudara mara,sahabat handai yang diingati ..para pegawai Unit Bimbingan dan Kaunseling .. semua rakan sekerja yang amat disayangi di SKTS .. anak-anak murid yang mengenali ku .. rakan-rakan sekursus (mana-mana kursus yang sama-sama kita hadiri) anak-anak dan suami tercinta.

Semoga aidilfitri ini , kita tidak lupa berbelanja dengan berhemah ... ingat mereka yang lemah.. zakat fitrah usah alpa.. berkat aidilfitri dan bulan yang mulia ini ..semoga semuanya mendapat rahmat dan kasih sayang Yang Maha Kuasa. Jika sebelum ini mungkin ada perkara-perkara yang kita rancang tetapi tidak menjadi ..... mungkin kerana ada hutang piutang yang atau mana-mana yang belum kita langsaikan baik kepada Allah ataupun sesama manusia.Oleh itu dibulan yang mulia ini marilah kita sama -sama menghayati dan mencari keberkatan dengan memohon maaf sesama manusia ... agar hutang piutang kita baik dari bahasa percakapan , tingkahlaku , umpat mengumpat , bertalam-talam muka.. kita diampuni . Almaklum saja .... kita manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...cuma manusia itu sendiri perlu sedar kekurangan diri sendiri. .. dan marilah kita sesama merendahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Ya Allah , ampuni dosa kami yang hina ini ..... amin

Thursday, July 30, 2009

Unit Bimbingan Dan Kaunseling


Salam perkenalan buat guru-guru bimbingan dan kaunseling yang membaca laman saya . Banyak perkara yang boleh kita kongsi dalam memertabatkan kaunseling .Jika bukan kita sapa lagi?Tak kiralah apa pun kelulusan kita samaada KDP14 Minggu(saya kdp 14mggu) atau memang graduat dlm Bimbingan Kaunseling. Saya teringat kata-kata guru besar saya En.Misnon B RAmli ... sejauh mana kelulusan seseorang tetapi tidak dimanfaatkan adalah lebih baik guru tersebut hanya guru biasa tetapi bertindak luar biasa.Apa kata anda ?


Ingatlah kita telah diberi rezeki dalam ruang dan litup Bimbingan Dan kaunseling... atau apa saja yang kita jawat.. semua itu adalah amanah yang telah Allah beri. Seada dan semampunya kita menggunakan amanah yang diberi dengan bertanggungjawab dan memenuhi tanggungjawab yang diberi . Tanggung jawab dan bertanggungjawab satu bebanan yang memang berat sebagai pendidik namun kita telah dipilih olehnAllah menjadi insan terpilih atas kerjaya ini jadi ..mengapa perlu kita abaikan atau sambil lewa.....