Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya aidilfitri.Saat saya mencoretkan coretan ini , umat Islam baru saja menyambut Hari Raya yang ke 9 hari... Betapa pantasnya hari berlalu.. sekejap sahaja dah 9 syawal. Lupa sudah kesibukan menyambut Hari Raya..kini menunggu Hari Raya Aidil Adha... semoga sikap berjimat cermat masih menjadi amalan.
Menyentuh tentang berjimat cermat , tentunya wanita la sasaran ungkapan tersebut. kenapa wanita ...kerana wanita dilahirkan untuk menyerikan alam maya ini , untuk pasang-pasangan lelaki ..untuk kecantikan dan keindahan ... untuk kelengkapan...dunia tanpa wanita ..tentu pelik... lelaki tanpa wanita ...tentu pening... Hebatkan wanita... tetapi wanita jugalah yang berbisa dari mata pedang..kerana mulut wanita boleh mengancam dunia... dunia fana.. dunia kehidupan...
Kehidupan kita ini , perlu berlandaskan keinsafan... berlandaskan pegangan ... berlandaskan keimanan dan ketaqwaan...berlapiskan pemikiran yang matang dan rasional .Hidup kita tak lama... hari ini kita menyingkirkan kehidupan orang lain...satu masa ....kehidupan kita disingkirkan oleh orang lain. Hari ini kita susah ...tidak dibantu oleh sapa-sapa.Hari esok mungkin mereka datang minta bantuan pada kita .Perlu didik hati agar sentiasa menerima ... bukan asyik mahu menerima.. dan tidak mahu memberi... kerana itu berapa ramai dikalangan insan sekeliling kita sentiasa lokek untuk mengucap tahniah , syabas atau penghargaan kepada rakan sejawat.. hanya kerana hati ada bisikan.... Sukar menghargai persahabatan tetapi PHD menjalar dalam hati.... Kadangkala Perkataan yang manis diluahkan tetapi racun pula maksud tersirat...
Inilah Syawal bulan mulia kegembiraan kepada yang berjaya mengikut jalan yang diwajibkan... kemenangan kepada mereka yang berjaya mendidik hati ... meneruskan tingkahlaku berkesan dan berhemah ... mungkin ada nur dalam jiwa yang allah beri sebagai panduan. Semoga kita juga tergolong dikalangan umat yang berjaya...
No comments:
Post a Comment