Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya aidilfitri.Saat saya mencoretkan coretan ini , umat Islam baru saja menyambut Hari Raya yang ke 9 hari... Betapa pantasnya hari berlalu.. sekejap sahaja dah 9 syawal. Lupa sudah kesibukan menyambut Hari Raya..kini menunggu Hari Raya Aidil Adha... semoga sikap berjimat cermat masih menjadi amalan.
Menyentuh tentang berjimat cermat , tentunya wanita la sasaran ungkapan tersebut. kenapa wanita ...kerana wanita dilahirkan untuk menyerikan alam maya ini , untuk pasang-pasangan lelaki ..untuk kecantikan dan keindahan ... untuk kelengkapan...dunia tanpa wanita ..tentu pelik... lelaki tanpa wanita ...tentu pening... Hebatkan wanita... tetapi wanita jugalah yang berbisa dari mata pedang..kerana mulut wanita boleh mengancam dunia... dunia fana.. dunia kehidupan...
Kehidupan kita ini , perlu berlandaskan keinsafan... berlandaskan pegangan ... berlandaskan keimanan dan ketaqwaan...berlapiskan pemikiran yang matang dan rasional .Hidup kita tak lama... hari ini kita menyingkirkan kehidupan orang lain...satu masa ....kehidupan kita disingkirkan oleh orang lain. Hari ini kita susah ...tidak dibantu oleh sapa-sapa.Hari esok mungkin mereka datang minta bantuan pada kita .Perlu didik hati agar sentiasa menerima ... bukan asyik mahu menerima.. dan tidak mahu memberi... kerana itu berapa ramai dikalangan insan sekeliling kita sentiasa lokek untuk mengucap tahniah , syabas atau penghargaan kepada rakan sejawat.. hanya kerana hati ada bisikan.... Sukar menghargai persahabatan tetapi PHD menjalar dalam hati.... Kadangkala Perkataan yang manis diluahkan tetapi racun pula maksud tersirat...
Inilah Syawal bulan mulia kegembiraan kepada yang berjaya mengikut jalan yang diwajibkan... kemenangan kepada mereka yang berjaya mendidik hati ... meneruskan tingkahlaku berkesan dan berhemah ... mungkin ada nur dalam jiwa yang allah beri sebagai panduan. Semoga kita juga tergolong dikalangan umat yang berjaya...
SEMALAM BERLALU DAN TIBA NYA HARI INI ..DAN ESOK MENANTI.. HARI-HARI YANG SENTIASA DITINGGAL DAN MENANTI SUATU PERJALANAN YANG DIHUJUNG NYA MILIK ABADI .
Sunday, September 27, 2009
Monday, September 7, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualakum . Terima kasih sekiranya paparan saya menjadi tatapan anda. Apapun di dalam laman Blog saya ini ... saya sekadar mencoretkan kisah kehidupan manusia yang kadangkala aneh dan kadangkala menghiburkan tidak kurang juga menyakitkan .Walaupun begitu saya hanya berkongsi pengalaman yang mana baik jadikan lah tauladan dan mungkin yang tidak baik usah dijadikan sebagai hamparan .
Dibulan yang mulia ini, manusia yang bergelar insan akan berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Tetapi ada juga insan-insan yang tidak kisah keberkatan Ramadhan Al Mubarak ini. Masih lagi mengamalkan hasad dengki , masih lagi memandang ketidaksempurnaan insan lain dan melupakan kekurangan diri sendiri .MAsih ramai lagi amalan mengadu domba menjadi buah bertih dimulut. Tidak ada yang rasa , perlu menyucikan diri dengan memohon maaf kepada insan yang dilukai ... seolah-olah tiada apa yang berlaku ..sedangkan kita tahu , untuk mendapat keredhaan Allah , perlu lah dulu kita mencari keredhaan sesama insan ...Walaupun siapa kita , Pak menterikah , Pak Ungku kah.. Dato' atau Datin kah, Ustazah kah Ustaz kah ...atau apa saja gelaran apalah maknanya , sepanjang kita beribadat tetapi hati insan yang kita lukai tidak pernah kita kata Maaf kepada nya..
Allah tidak melihat tutup litup muka insanya , Allah tidak melihat berketayap serbannya , tapi Allah lihat keperibadian hambanya ... ketaqwaan hambanya, ketulusan hambanya .. Apalah makna pakaian yang lekat dibadan tetapi sentiasa memandang keaiban orang lain , mencari keaiban orang lain, memusihi orang lain tanpa sebab musabab , pandangan serta lontaran kata menajtuhkan orang lain , pandangan diri sendiri Hebat Dari Orang LAin .
Saya memetik Sabda Rasullulluh ..
"Barangsiapa berbuat zalim kepada saudaranya terhadap kehormatannya atau sesuatu yang lain , maka hendaklah ia minta dihalalkan daripadanya sekarang ,sebelum datang hari dimana tak ada dinar dan dirham. Jika dia punya amal saleh , akan diambil daripadanya seharga kezalimannya. Jika kebaikannya tak ada lagi , maka keburukan orang yang dianiaya akan dipikul kepadanya "(Bukhari)
Dan Allah Berfirman
"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti orang-orang yang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat , maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata "(al Ahzab (33):58) Wallahualam .
Jika tersentuh dengan coretan saya, maka mari lah kita berubah bersama-sama .Akhir kalam Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..sekiranya adalah salah laku yang ingin kita leraikan ayuh ..jangan bertangguh ... jumpalah ...kerana kita adalah insan yang daif memerlukan keredhaan Allah. Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)