Disaat tulisan ini di tulis , hampir beberapa minit lagi masa meninggalkan detik 2011 muncul.Terasa detik-detik yang ditinggalkan masih banyak lompang-lompang yang tidak terisi dan adakah 2011 ini lompang-lompang itu akan ditutup dengan segala kebaikan dan ketulusan , keikhlasan...
Ye..umur pun semakin meningkat , semoga kematangan juga meningkat .
Dalam kehidupan ini , pemikiran yang positif , bijak membuat keputusan , saksama dalam tindakan , stabil emosi amat penting wujud dalam diri kita. Kerana pada saya kematangan fikiran akan membuatkan tindakan kita seperti umur kita yang menginjak dewasa ..tentunya keputusan juga lebih bijak ... Mungkin mudah untuk saya menekan-nekan huruf -huruf ini untuk menyampaikan maksud saya ... mungkin pula sukar diterima oleh pembaca . ..walau apapun kesedaran perlu wujud ..siapa kita ..apa kedudukan kita .. pangkat kita ..kepentingan kita.. kewarasan fikiran , bijak penuturan , pendengar yang setia ..berfikir sebelum berkata .. membayang sebelum berbuat .. adalah lebih baik dari kita suka terjah perasaan , terjah tindakan , melulu perbuatan perlu dielakkan. Kita Bangsa Melayu penuh tatasusila , adab sopan , yang kita junjung ..sebagai peradaban Melayu yang takkan hilang di dunia.
Sukar juga membayangkan apakah saya mampu melaksanakan apa yang saya harapkan ini.. bukan untuk sesiapa tetapi amalan untuk diri sendiri. Dalam kehidupan ini .. adakah mampu lagi saya menjadi manusia yang beralah.. kerana kini kematangan menguasai pemikiran .Pemikiran mula matang menilai kehidupan sebenar .. .Dalam kerjaya baru beberapa tahun lebih saya berkhidmat , banyak ranjau , onak ,duri jua ombak dan taufan yang saya hadapi. Tak tau lah 2012 yang nanti apa pula cabaran menanti... rasanya bukanlah kehidupan normal jika tiada cabaran.. tetapi kegusaran melingkari fikiran saya saat ini.
Namun ..apapun saya perlu hadapi.. gelora kerjaya dan saya berdoa moga ada ruang yang lebih baik Allah sediakan untuk saya dan semua kawan-kawan saya . Dijauhi malapetaka , fitnah dunia dan fitnah akhirat ..diajuhi umpat keji , syak wasangka ..persepsi negatif.kerna berbaik sangka itu adalah manusia yang Allah pelihara hati dan jiwa hambanya .. moga kita adalah juga hamba yang dipelihara oleh Nya.
Perkahwinan juga merupakan rahmat yang membahagiakan.. anak-anak menginjak dewasa , pandai membuat perhitungan kehidupan , melunas tanggung jawab . Anak-anak saya bukan lah yang terbijak seperti mungkin anak-anak rakan yang lebih berjaya menduduki matriks . .Tetapi mereka bijak mencatur kehidupan yang ingin mereka lakukan untuk ibubapa kata mereka dan peningkatan kehidupan keluarga .Alhamdullillah, abang long kini upper six .. dia ada matlamat nak genggam 'somebody' untuk dirinya. Tak heranlah kini dia melibatkan diri dalam bidang kepimpinan. Mungkin Allah mula memakbul sikit-sikit hajat ku meletakkan nama nya yang penuh makna agar menjadi insan dikenali dan bertanggungjawan terhadap masyarakat. Insyaallah , menara gading akan mereka tempuh jua melihat kepada keazaman mereka. Walau apapun saya cukup tenang anak-anak tahu menghindar dari gejala negatif dan tahu peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka adalah contoh kepada dua orang adik-adiknya yang masih kecil.
Kadang-kadang terasa terasa cepat masa berlalu dan mereka membesar dan akan pergi mencari haluan hidup.. tak puas memeluk mereka..bergurau senda, mendidik ..
Putaran kehidupan kan....
Selamat Tahun Baru ! ALLAHU AKHBAR !
sAYA Akan cuba memperbaiki laman saya agar lebih bermakna . Mungkin banyak aspek yang ingin saya masukkan dalam laman saya bukan setakan kehidupan tetapi kehidupan sekeliling.. insyallah...
No comments:
Post a Comment